Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei menyatakan amaran berhubung kemungkinan plot baharu yang dirancang oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas dunia Islam selepas berakhirnya kekejaman kumpulan Takfiri Daesh di Syria dan Iraq.
"Walaupun Daesh telah menemui pengkahiran mereka di Iraq dan Syria, kita tidak boleh lalai dengan kelicikan musuh memandangkan A.S, Zionis dan hamba mereka tidak akan menghentikan permusuhan mereka terhadap Islam. Mereka mungkin merencanakan dan melaksanakan sebuah plot seperti kisah Daesh di rantau lain," kata beliau di hadapan para peserta persidangan bertajuk 'Pencinta Ahlul Bait dan Masalah Takfiri.'
Beliau membuat ucapan itu di Tehran pada hari Khamis di hadapan para cendekiawan yang datang daripada pelbagai belahan dunia.
Syed Ali Khamenei turut menegaskan azam Republik Islam Iran untuk terus berhadapan dengan sebarang plot yang dirancang oleh Zionis dan kuasa angkuh dunia yang menurut beliau sentiasa berusaha untuk mewujudkan konflik di antara kaum Muslim. Beliau juga berkata bahawa Iran akan muncul sebagai pihak yang menang di dalam konflik sedemikian seperti mana yang telah mereka kecapi di Syria dan Iraq.
Pemimpin tersebut turut menyebutkan tentang kemajuan yang dicapai oleh Iran di dalam berhadapan dengan hegemoni kuasa besar dunia di sebalik usaha keras Israel dan A.S sepanjang empat dekad lepas. -ABNA24
/315
23 November 2017 - 16:51
News ID: 868673
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Syed Ali Khamenei menyatakan amaran berhubung kemungkinan plot baharu yang dirancang oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas dunia Islam selepas berakhirnya kekejaman kumpulan Takfiri Daesh di Syria dan Iraq.